Sejak kecil, saya dah berminat dalam membuat sendiri kerata mainan bermotor. Cuma masa itu control dengan menggunakan control buatan sendiri mengandungi 2 biji bateri yang bertujuan untuk membuat kereta buatan saya itu boleh forward dan reverse.
Setelah memasuki zaman pekerjaan dengan salah satu syarikat Telekomunikasi besar negara, pengetahuan mengenai elektrik dan elektronik serta komunikasi semakin mendalam. Mujurlah dengan kecekalan, saya tamat pengajian dari UTM dalam bidang yang sama hasil tajaan majikan.
Saya memang berminat dalam wireless atau radio. Cuma masa itu radio sukar diperolehi. Pada tahun 2003, saya terjumpa satu kedai menjual radio FRS jenis Motorola. Dengan tidak berfikir dua kali saya telah membelinya untuk mencuba. Jarak komunikasi dengan FRS ini tidak lah jauh sangat tapi bolehlah sekadar digunakan untuk family semasa membeli-belah di kompleks, picnic, pantai dan lain-lain.
Pada suatu hari pada bulan August 2003 semasa saya hadiri mesyuarat di Kota Kinabalu, saya terjumpa rakan kerja lama yang juga peminat radio amatur 9M6AO, telah memperkenalkan hobi radio amatur kepada saya. Beliau juga telah membawa saya untuk berjumpa Presiden BARC(Borneo Amateur Radio Club) untuk berdaftar sebagai ahli SWL club.
Bermula dari masa itulah saya berusaha membuat ulang kaji untuk menduduki RAE pada Nov 2004. Oleh kerana bidang kerja saya serupa dengan silibus RAE, maka saya telah lulus dengan sekali exam. Pada bulan January 2005 saya telah mendapat lesen peruntukan radas kelas B saya dari SKMM(MCMC) membawa callsign 9W6WST.
Dengan rasa tidak puas hati dan ingin meningkat lebih tinggi dalam Radio Amatur ini, maka saya juga berusaha untuk mempelajari kod Morse selama setahun. Berkat usaha, saya juga lulus dalam ujian mendengar dan menghantar kod morse pada September 2007. Akhirnya pada bulan December tahun yang sama saya telah mendapat lesen peruntukan radas kelas A saya yang membawa callsign 9M6WST.
Sejak dari itu, saya telah aktif di jalur-jalur HF untuk berQSO dengan HAM negara-negara lain. Tidak lupa juga jalur asal 2m yang telah lama menjadi teman semasa saya berada dalam lesen kelas B selama tiga tahun.
Sejak dalam hobi radio amatur ini, rakan-rakan radio amatur yang saya kenal di Lahad Datu ialah; 9M6DK, 9W6OK, 9W6EZT, 9W6MAT dan kemudian rakan baru 9W6CTH.
Dalam masa yang sama juga pada tahun 2007 sekumpulan SWL yang berminat dalam radio telah saya kenal dan kini saya telah menjadi Mentor mereka untuk kawasan Lahad Datu.
Sekian perjalanan Radio Amatur saya.
Tuesday, April 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment